Friday 30 September 2011

routine ku selepas ini :P

assalamualaikum ni aku nak cerita pasal kerja aku sekarang hahhaha....lari terus dari apa yang aku belajar dekat u..takpelah nak buat macam mana dah rezeki daripda duk tanam anggur baek kerja ye dok hehhehehe

lagi pun aku buat kerja ni sementara je untuk beberapa bulan lepas ni kene cari job laen..hari-hari duk key in data naek pening jugak kepala juling biji mata mengadap pc dr masuk kerja kol 9 hingga lah office hour habis dahlah number panjang dengan tulisan macam doktor adoiiiiiiiii peningggggg hari-hari macam  ni.

tapi apa-apa pun aku enjoy lalllallala..gaji yang diberi bolehlah agak-agak dapat lah jugak 1k cukup2 makan jer .lusa dah nak p KEDAH konvo tak sabar nyer...esok lak nk p beli baju baru tudung baru n p register ambik lesen kereta bersyukur sebab my abah support duit ambik lesen kete ambik yang special hhaahahah...aku tau lau aku tak ambik yg special grenti susah nak pass lesen memandu. :P

oklah cukup lah setakat ni au membebel.....

Tuesday 27 September 2011

pre convo 26 sept 2011(KAMI BUDAK ACCOUNT)

rindunya nak mengarang kat blog sebenarnya hari yang lepas2 ku busy ni baru ada masa 24 n 25 pergi kenduri kahwin jiran sebelah meriah sangat. 25 malam pulak lepas p kenduri aku bertolak ke UUM untuk ambik jubahkonvo sampai 26 pagi dekat KEDAH. pastu malam tu jugak ku balik KUANTAN dan hari ini first day start keje...bayangkan aku duk dalam bas dekat 12 jam pastu pergi keje huahauahua....kesian tak dekat aku huhuhu..takpe dugaan namanya...malam ni kenelah tido awal untuk topup tido aku yang tergendala.

tak nak cerita banyak jom layan picture aku and my friend melaram dengan jubah kitorang hehehehh belum sempat nak naek pentas kami dah rasmi dulu hehehhehe..tengok background belakang mendung je ni sebelum ujan selamat sempat ambik gambar.. insyaalah 3 OKT ni aku graduate hehehehhee pergi semula ke UUM untuk menggemgam segulung ijazah..............






Friday 23 September 2011

dulu lain sekarang lain

Perbezaan zaman dulu dengan zaman sekarang..Semakin canggih teknologi peredaran zaman juga semakin berubah pemikiran manusia juga berubah. Ni ada sedikit sebanyak beberapa perkara yang sempat aku kaji selidik hehhehe perbezaan zaman dulu dengan zaman sekarang..


  1. zaman dahulu anak dara dilarang keluar rumah pada waktu malam, tapi zaman sekarang ibu bapa buat-buat tak endah je anak dara nak keluar malam. Mungkin diorang pikir dah besar panjang pandai lah jaga diri....Bahaya tau jikalau ibu bapa yang bersikap sedemikian. Orang zaman sekarang macam-macam orang, ada anak sendri sanggup dirogol inikan pulak anak orang...so ibu bapa di luar sana selalu-selalulah ambik tahu perihal anak anda .
  2. zaman bercinta dulu-dulu bercinta pakai surat je 3 hari baru boleh baca hehehe, tapi zaman sekarang tak sampai 2 saat dah dapat baca cinta pakai facebook. twitter,sent msg, ym dan lain-lain lagi, sungguh canggih zaman sekarang kan.
  3. anak-anak zaman dulu time sekolah takut dengan cikgu, nak pandang muka cikgu pun takut, zaman sekarang cikgu pulak takut dengan student coz balik rumah diorang report kat parent cakap cikgu rotan, cikgu tu pulak kene maki hamun....sabar jelah yer cikgu-cikgu sekalian...
  4. pakai baju tak cukup kain tambah dengan kesendatan tak ada pun kes rogol zaman dulu-dulu, tapi sekarang pakai baju kurung pun boleh kene rogol.....menakutkannnnnnnnn...
  5. makan ubi kayu ulam-ulaman sihat jer sampai tua, tapi sekarang umur baru 30 lebih dah ada penyakit serius contohnya darah tinggi diabetes...ini mungkin disebabkan faktor pemakanan yang tidak dijaga. MCD, KFC PIZZA dan lain-lain....
korang fikir-fikir kanlah yer 

ok entry ni tak best huhuhu biarlah syok sorang2 jer time tulis ni :-)

Monday 19 September 2011

TAHNIAH anda telah diterima untuk jawatan.....

assalamualaikum 2entry hari ini ku buat ni ku nak citer minggu lepas hari khamis ku ada pergi interview jawatan sebagai financial planner dekat company tu.....rupa-rupanya dia lebih kurang macam jual insuran di mana kita kene cari orang or client untuk invest dalam company diorang atau skim diorang..diorang adelah terang sikit-sikit pasal skim kononnya kalau client invest dalam sim confirm terjamin coz kononnya dia under BNM (Bank Negara Malaysia) aku lau tau kerja macam tu confirm aku tak apply dari awal lg hahahah..

hari ini pulak aku terima mesej dari company tu..tengok diorang guna mesej ja huhhhuuhu..aku salin semula k apa yang hantar dekat aku

TAHNIAH anda berjaya diterima utk jwtn financial
planner di ________. sila lapor diri pd 20/9 jam 10 pagi.
Sila bawa salinan ic, 3 kpg gambar ic, salinan sijil
tertinggi, wang pos rm50 utk pendaftaran


ni lah mesej keluar dr phn tak canggih ku huahuahua



mesti dapat agak kan logo ni heheheh

ok la good nite...aku tak pergi pn try to get other job...hope
dapat lah :-(

ciri-ciri lelaki idaman

assalamualaikum hai semua tiba-tiba hari ini tertulis pulak entry tajuk ni....korang ingat aku ni dah gatal nak kawin erk hehheehe....aku lambat lagi lah calon pun tak ada lagi now nak concentrate on carrier keje pun tak lagi huhuhuu...masih mencari kerja :-(. ni aku nak share ciri-ciri lelaki idaman ku ada tak lagi agak-agak nyer lelaki macam ni zaman sekarang...now check it:

  1. lelaki yang taat perintah allah                                                                                                       perkara yang paling aku tengok mestilah agama dia....especially solat 5 waktu , berpuasa dan baik hati. kalau agama dia dah goyang macam mana nanti nak pimpin keluarga kan...suami kita lah yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya nanti.
  2. hormat orang tua                                                                                                                                   yang ni pun penting juga aku nak sangat lelaki yang pandai menjaga dan menghormati kedua orang tua kita serta keluarga kita hehehhe...orang kata lau nak anak mesti pancing hati ibu bapa dia dulu kan.
  3. penyanyang                                                                                                                                           orang kata biarlah tak romantik tapi sekurang-kurangnya biarlah penyayang....sayang pada familynya sayang pada anak-anaknya dan sayang pada isterinya.
  4. bertanggungjawab                                                                                                                                 yang ni pun penting jugak sebagai seorang lelaki dan merangkap sebagai suami, lelaki tersebut haruslah mempunyai sikap keperihatian sebagai contoh tahu tanggungjawab terhadap keluarga memberi nafkah memberi tempat tinggal yang selesa, memberi pelajaran yang sempurna pada anak-anak.
Empat perkara ni yang penting yang sampingannya biarlah ku yang simpan dalam hati :p
         
apa yang harus aku lakulan berdoa dan terus berdoa















Saturday 17 September 2011

Resepi Coslow

assalamualaikum hai... hari ini aku nak kongsi resepi coslow..aku teringin sangat nak makan coslow so search dekat google jupelah resepi...sekarang maklumat semua di hujung jari cakap je nak ape hehehehehe, cuma kita kene pandai menggunaka teknologi yang canggih ni dengan sebaiknya....ressepi ni aku ubah sikit biasa orang guna kobis dengan lobak merah (carrot) tapi aku change carrot with mix vegetables hehhehe coz adik aku terlupa nak beli carrot huhuhuhu...

Bahan-bahannya
  1. kobis bulat (potong halus-halus)
  2. mix vegetables/carrot (mix vegetabales tu aku rebus dulu)-korang boleh guna carrot kalau tak nak mix vege
  3. mayonis (aku pilih lady's choice)
  4. susu segar( aku tak letak pn coz adik aku tak beli)
  5. sedikit garam dan gula
  6. additional black papper(sapa yang suka pedas2)

Cara-cara
  1. campurkan kobis yang telah dipotong dengan mix vegetabales
  2. masukkan mayonis
  3. tambahkan garam dan gula ssecukup rasa dan sapa nak rasa pedas masukkan black papper
  4. gaul bagi sebati dan sekata
  5. masukkan dalam fridge 1-2 jam pastu boleh lah makan
selamat mencuba abang aku asyik2 buka fridge ambik aku punya coslow heheheheh first try.

Friday 16 September 2011

stacy-kisah dongeng


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Wednesday 14 September 2011

Malaysia Book of Record 10 sen

asssalamualaikum, hai korang hari ini 2 entry aku buat, satu pasal effect ubat penadol   ok kawan-kawan semua seperti mana yang kita ketahui  kita nak sambut hari 1 malaysia  16 Sept ni kan so citer yang aku nak karang ni pun bersangkut paut jugaklah kot dengan 1 Malaysia tak caya tunggu yer hahhahaa........

yang ini aku nak cerita pasal activity yang aku joint masa dekat UUM. aktiviti ni kiranya activity yang last aku joint because aku dah  tak lama dok kat u tu..aktiviti ni masa tahun 2010 sem 7 (2 okt 2010) hehhhehe sorry dah lama dah kan tentu korang dah meluat and dalam hati cakap cerita dah basi buat apa nak tulis  tapi apa2 pun ikut suka hati aku lah nak tulis cerita bila punm sebab aku the only one owner blog ni huahuahua jangan marah-marah ok nanti tak comey dah...

aku malas dah nak merepek merapu meraban  kita layan gambar jelah erk...tapi sebelum tu aku cuma nak beritahu ni  lah record yang pernah buat dekat UUM guna duit syiling untuk membentuk logo 1 Malaysia  :-). aku rasa bangga sebagai rakyat MALAYSIA..korang hargailah negara aku taknak perang2 ni tak aman hidup,,,,











okay kawan2 dah siap he3 gmbr ckit je dapat upload sorry

keburukan makan ubat penadol (awas)

assalamualaikum,  hai semua hari ni tak ada apa-apa yang menarik nak di ceritakan  cuma nak share  pengalaman dari orang lain mengenai keburukan penggunaan ubat penadol yang biasa kita dok tengok dalam iklan kat tv tu...ni aku terbaca dekat facebook ada orang post so aku nak share dengan korang semua tau, maybe ada sesetengah orang dah tau mengenai hal  ni tapi bagi yang masih belum tahu sila ambil perhatian yer.......sharing is caring tol tak ngeeeeeee.


UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www..omaQ. org

Monday 12 September 2011

sihir gambar di FB


Assalamualaikum, hai semua hari ni aku cuma nak tulis  cerita yang aku baca dalam akhbar KOSMO hari ini mengenai seorang perempuan yang berumur 22 tahun telah disihir oleh seorang wanita yang juga merupakan bekas teman wanita teman lelakinya. motif perempuan tersebut yang juga dikenali sebagai MARIA, adalah akibat daripada cemburu hubungan mangsa atau dikenali sebagai IRA yang juga merupakan penuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi. Mangsa menyedari  dirinya disihir apabila dia megikuti rawatan sebuah pusat rawatan islam di Nilai.

Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku..Walaupun teknologi semakin canggih tapi benda-benda yang khurafat ni masih lagi wujud...hope orang ramai di luar sana berhati-hatilah yep..Nasib lah dalam fb memang aku tak letak gambar aku gambar teddy bear yang comel je menghiasi profile picture aku hehehehe...lau ada pun aku buat private.



Saturday 10 September 2011

kenapa Allah uji kita

kadang-kadang hati kecil berkata kenapa aku yang dipillih untuk menerima sesuatu ujian...kadang-kadang aku jealous melihat kebahagian orang lain sedang kan aku masih di sini tanpa apa-apa yang dapat memberikan kebahagian kepada ku tanpa dapat memuaskan kehendak hatiku...bukannya aku tak berusaha,, dah bermacam  cara aku buat, dah banyak kali aku cuba tetapi rezeki masih tidak berpihak padaku... sampai satu masa aku rase sedih sangat-sangat..kadang-kadang aku menangis seorang diri...orang lain tak akan tahu apa yang tersirat di dalam hati ku.

tapi aku bersyukur kerana aku masih mengingatinya iaitu Allah s.w.t yang maha satu. Jika aku tidak mengingatinya tentu aku dah buat perkara yang bercanggah dari kehendaknya..aku cuba fikir positive mungkin Allah hendak menduga ku untuk melihat bagaimana aku menangani setiap ujian yang di beri kepada ku. aku berbicara di dalam hati mungkin suatu hari nanti akan ada satu hadiah yang paling istimewa  di atas setiap kesabaran ku...akan ku tunggu detik itu apa yang ku mampu lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa semoga hari-hari yang mendatang dapat aku tempuh dengan hati yang tabah dan sentiasa berusaha dan bertawakal kepada nya..


KENAPA KITA D UJI?  

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelummereka, makasesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Diamengetahui orang-orang yang dusta.
  Al-ankabut (29) 2-3     

KENAPA KITA TAK DAPAT APA YG KITA NAK?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Iamendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (darikejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankankepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkankepada kami apa yangtak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadapkaum yang kafir 
 Al-Baqoroh (2) 216    
 
DAN BILA HATI SANGAT SAKIT & SEDIH? 
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padah alkamulahorang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang -orang yang beriman 
Ali Imran (3) 139

 BAGAIMANA HARUS KITA MENHADAPI UJIAN ITU?

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri merekasendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Al lah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampunlagi Maha Penyayang 
Azzumar (39) 53 

BAGAIMANA KITA NAK HADAPI UJIAN NI? 

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang -orang yang khusyuk
Al baqarah(2) 45

PADA SIAPA YG KITA HARUS MENGHARAP & MEMINTA? 

Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung"
At taubah(9) 129

APA YG KITA DAPAT? 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta merekadengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalumereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah didalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain)daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar
At taubah(9) 111  



 YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH INSYAALLAH PASTIKN BAHAGIA D DUNIA & AKHIRAT

Thursday 8 September 2011

ubat gigi baru ku

korang pernah rase tak ubat gigi versi pencuci muka safi balqis perfect 10 hahahaha..lau korang nk tau aku lah orangnya yang mencuba nya.aku tak tau lah ape nak jadi ngan aku ni sampaikan  ubat gigi dengan pencuci muka pun tersalah ambik...siap letak kat berus gigi pastu wat masuk dalam mulut nasib baek perasan coz rase lain macam je hahahh cepat2 aku bersihkan...banyak benda dok mikir tu jadi gitu huhuhu


Tuesday 6 September 2011

my first xperience

pagi tadi ku terjaga pastu aku pun raba-raba atas katil cari phone aku..mane lak ni haaaaa jumpe pn heheheh..baru pukl 4.59 pagi...haishhh apasalah tak boleh nak tido ni...cube teka sebab ape ni semua sebab interview punye pasal lah...aku nervous sebenarnya coz pagi ni aku kene pagi interview...nak2 lagi first time pergi lagi lah aku cuak huhuhuhu....tak dok senang aku huhuhuhu...lepas dari jaga tu terus tak leh tido...

aku siap2 p interview kul 9.30 mandi siap2 kan  diri sampai kol 10 lebih....pastu aku tunggu abg aku balik umah coz dia yang akan hantar aku pergi hehhehe... kene cepat2 sebab kol 11.00pg dh start nasib lah tempat tu xde lah jauh sangat dari rumah aku lalalallala.

ok tu citer time kat umah ni time kat pejabat tu nervous ni dari jauh dah nampak pintu office tu huhuhu...aku pun melangkah kuar dari kereta dengan membawa sebuah file dan di bahuku tersangkut beg galas...aku pun beri salam tengok dalam tu lebih kurang 10 orang tengah tunggu di luar....aku pergi jupe kerani tersebut kemudian isi borang..no tertera di borang tersebut NO 11 maknenyer aku orang yang ke 11 huhuhuh...sabar je lah menunggu yer..aku pikir2 jugak ape lah yang die nak tanye nanti....pastu aku terdengar name seorang di panggil...die pun masuk tak lame kemudian die keluar dengan semyuman yang lebar dalam hati aku cakap ok lah kot kat dalam bilik tu huhuhuhu..

rupe2nyer dia buat ujian komputer dia bagi satu salinan surat kemudian dia bagi arahan taip balik surat tersebut...aku pun buat sampai siap hehhe...lepas dah siap tu baru lah interviewer panggil nama aku..aku pun ikut masuk dalam bilik tu...tak sampai 10 minit pun dia tanya soalan dh settle lega rasanyer...dia kata nanti dia akan hubungi semula aku...aku pun cakap time kasih sudi luangkan masa temuduga aku...aku keluar dari office tu jam dah menunjukkan kol 1.00pm...sian abang aku tunggu aku...time kasih abang ngah tunggu sampai habis sikit pun dia tak merungut...love u my bro..

soalan cepu mas dia tanya pernah tak guna software akaun? aku pun cakap pernah UBS accounting...lagi dia tanya pernah guna tak BIZTRAK..aku pun cakap tu pun pernah belajar masa kat u sem 3 ke 4 aku tak ingat heheheh...ape2 pun tunggu jelah keputusan dapat ke tak dapat....redha jelah but first try jadikan pengalaman

oklah panjang sangat dah aku membebel ni daaaaa c u next time....

Sunday 4 September 2011

makan-makan di hari raya

assalam....hari ni aku tak ada buat2 apa-apa pun just lepaking at my sweet home hehehehhe...
cume aku kuar p makan jemputan dari jiran belakang umah aku je...tak jauh pun jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai...bila dah sampai terserempak lah makcik2 merangkap orang kampung aku jugak.....lepas jupe tuan rumah dan bersalam aku pun makan lah...makan sikit je nak diet la kata kan hahahhaha...aku terhendap2 jugak manelah kawan aku ni dia sama umur dengan aku tapi dia dah kahwin huhhuuh...sekarang tengah pregnant....tunggu2 tak keluar jugak aku pun makan lah dulu...susah jugak orang dah kahwin ni dengan member pun susah nak jupe...dah lah aku sorang je perempuan bujang kat situ so terpaksa lah lepak dengan makcik2 borak2 kasi redah jelah diorang borak pasal apa pun janji tak macam kera sumbang sorang2 jer huhuhu...dah habis makan baru lah jupe kawan aku tu merangkap anak tuan rumah tersebut...sempat borak sekejap je aku mintak izin untuk balik...bosan r duduk kat situ huhuhuhuu.........lepas bersalam salaman dengan makcik2 dan tuan rumah aku pun balik...................


p/s jgn sombong2 tau...ingat sape diri kita......penuh makna tersirat pesanan ni fikir2 kanlah yerk
adiWidget™