Monday 30 January 2012

Awan Nano dalam office

Assalamualaikum semua today is monday huahuahaua hari yang malas nak pergi kerja sebabnya kerja bertimbun dan malas coz dah 2 hari cuti huhuhu..Bangun pagi tadi punya lah malas nak bangun aku set jam pukul 6.30 mandi sembahyang pastu sambung tido jap hahhahaha buruk perangai aku kan hikhikhik..

Pastu bangun basuh muka pakai jeans and tshirt official senangkan dress aku tak payah nak kene iron baju hehehe pakai uniform tshirt office jer...kecuali hari Friday hari ikut suka nak pakai baju apa pun basically aku pakai baju kurung hari Jumaat..

Back to story, abang aku drive hantar aku biarpun lesen kereta dah dapat tapi aku kene tunggu Mr Cutey aku dulu barulah boleh drive sendiri nanti hehhehe coz semua kereta kat umah semua manual aku nak kene guna kereta auto  jer huhuhu biarpun test lesen manual ayat keling aku ni just ignore ayat yang berterabur tu ok.
Ok sampai kat tempat kerja tengok depan pintu office berkerumun staff-staff kat situ rupanya pintu gray office tak boleh bukak...Hmmmmm lewat lah gayanya punch card hhuuhu takpe HR ada kuikuikui.....

Akhirnya datang seseorang yang membantu baru boleh bukak.. dah terlewat masuk 15minit macam itik masuk reban jer semua beratur nak masuk hehehehehhe....Sampai office on computer pastu start lah routine harian kerja aku hehehhe...Tapi sepanjang aku dalam office hari ini aku rasa nak dekat 10kali ke lebih daritu kot lagu yang sama je dok ulang dalam radio.Tempat keje aku ni boleh dengar lagu tak lah tension sangat wat keje heheehhee.Tentu korang dah tau lagu apakan yang aku maksudkan sape2 yang tengok AJL malam semalam mesti tau padahal aku tak tengok pun heheehehe just tau pun dari member yang dok cakap Awan Nano menang laguuuuuuuuuu tulah yang ku dengar hari ini..Apa-apa pun tahniah Aizat jadi juara AJL

Friday 27 January 2012

Tanda-tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut

Hari ini lia nak share something dengan korang semua, lia ada terbaca dekat facebook hope dapat menambahkan lagi ilmu korang semua. Terima kasih dekat pemilik asal yang menulis article ni dan mengizinkan untuk share.


gambar daripada google

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua ooorang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

Thursday 26 January 2012

rahsia di sebalik solat

Assalamualaikum....hari ini lia dah start kerja bertimbun kerja yang perlu lia siapkan. Hari ini happy sangat-sangat sebabnya hari ini rezeki datang mencurah-curah first ada staff kat office belanja makan tengah hari. Semoga allah s.w.t murahkan rezeki orang yang membelanja kesemua budak-budak office tengah hari tadi. Thank u so much Abg Razak belanja kitorang makan tadi. Second i got angpau from miss Anne..Tq miss Anne.

Ok tujuan sebenarnya lia nak share 1 article yang lia baca dekat blog seorang  ni dalam blog tersebut banyak menulis berkaitan hal-hal agama agak menarik juga untuk di baca..Ni lia ambil daripada blog penulis tersebut kalau anda semua nak jejak blog tersebut sila click here ok ni dari petikan dalam article tersebut

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya yang kita tidak ketahui, dan yang mana sudah megetahuinya syukur alhamdulillah dan yang mana belum tahu mari kita teliti apa yang lia nak tulis ya dan simpan dalam hati, solat itu satu perkara yang wajib yang mana perkara yang akan di soal di akhirat kelak so kita jangan sesekali abaikannya. Lia pun dalam proses untuk memperbaiki diri lia menjadi lebih baik insyaallah.



 Antaranya rashsia di sebalik solat 5 waktu yang kita kerja kan diantanranya ialah:

1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

ok sampai sini sahaja. tq untuk penulis article ni ya lia sekadar ingin berkongsi apa yang telah pemilik blog asal tulis kepada semua orang. sapa yang nak share dialu-alukan.

Wednesday 25 January 2012

peringatan (dunia hampir kiamat)

Assalamualaikum semua. Hari ni tentu ramai yang dah bermula bekerja kan setelah lama cuti Chinese New Year walaupun 4 hari mesti banyak dah aktiviti yang korang lakukan bergembira bersama keluarga tersayang di kesempatan cuti ni. Actually today ku still on leave my big boss give an extra leave untuk staff-staffnya bila dah 5 hari cuti esok rasa malas pula nak pergi kerja hmmm tapi apakan daya demi mencari rezeki yang halal kerja mesti perlu di teruskan...

Haisssssssshhhhh apa yang ku duk melalut ni..Ok sebenarnya hari ku ingin berkongsi satu cerita. Aku ada terbaca post yang dekat Facebook  in malay call mukabuka hikhikhik..Back to topic, article tu berkaitan dengan tarikh-tarikh yang tertentu yang dijangkakan berlaku sesuatu yang kita tidak dijangka yang ada di sebut di dalam al-quran.. For more detail please read the article below..

Hanya allah yang tahu rahsia di sebaliknya kita sebagai hambanya wajib patuh segala perintah nya. Bila aku baca post ni dalam hati aku terdetik layak kah ku, ku tak bersedia, ku sedar ku insan yang kerdil yang ada ketikanya aku melakukan kesalahan dan alpa pada perintahnya aku tak sempurna..

Ya allah berikan ku kesempatan untuk ku bersujud memohon keampunan daripada mu.Bukakanlah pintu hatiku untuk ku sentiasa taat pada perintahmu, ku akui ada ketikanya solat ku tidak sempurna, tingkah laku ku ada kalanya terpesong. Ku benar-benar insaf berikanlah kesempatan kepadaku ya allah.





SAHABAT SEKALIAN.. BACALAH!!! SEBARKANLAH PADA SEMUA UMAT MUHAMMAD AKHIR ZAMAN INI.. CARILAH KEBENARAN MENGENAI HAL INI.. RUJUKLAH PADA ULAMA'2.. TANYALAH PADA GURU2 MURSYID.. SESUNGGUHNYA KITA HAMBA YANG LEMAH DAN JAHIL...

PESAN BAGINDA S.A.W..SAMPAIKAN PESANAN KU WALAU SATU AYAT.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.

( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

MOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG BERINGAT.. AMINN!!





Tuesday 24 January 2012

akhirnya.....

assalamualaikum and selamat malam semua hikhikhik....Rasanya ni entry first aku buat untuk tahun 2012 hahhahaha.agak busy sekarang ni sampai tak ada masa nak mengupdate blog.Ape-ape pun kat sini aku nak umumkan bahawa sekarang aku dah dapat lesen memandu lepas ni boleh pergi jalan-jalan with my cutey. My cutey tak dapat lagi hmmmmmmmmm sabar jelah cik lia yer nanti dapat jugak my cutey hehhehe.. Nak tahu My Cutey tu ape tunggu coming soon okay..
adiWidget™