Friday 4 November 2011

kebahagian pasti akan menjelma

dalam hati ada ketikanya merasa sedih
dalam hati selalu berfikir mengapa aku perlu
melalui semua perit dan jerih
liku-liku hidup
dalam hati terdetik sifat-sifat
cemburu. iri hati, sedih
 melihat orang lain berbahagia, ketawa gembira
tanpa perlu fikir apa-apa
kekayaan melimpah ruah
yang kesempitan terus tersepit
di celah lorong-lorong yang gelap lagi hitam

percayalah satu hari nanti lorong yang  gelap
lagi suram itu pasti akan cerah
dan terang disinari cahaya yang berkelipan
tiada lagi kesakitan penderitaan yang kita hadapi sekarang

yang perlu ialah tingkatkan usaha, doa dan sentiasa 
mengingatinya Allah s.w.t 


p/s pasti ada hikmah di sebalik setiap dugaan, kesusahan, keperitan  yang kita alami.Tanamkan dan sematkan dalam hati bahawa kebahagian pasti akan menjelma satu hari nanti... Allah menurunkan setiap dugaan itu tandanya Allah masih sayangkan kita. :-)

No comments:

Post a Comment

adiWidget™