Saturday 31 December 2011

2011---->2012

pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah nak penghujung tahun 2011..Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ni ada pahit ada manis masam hehhehehe.....Ok bermula pukul 12.01 tengah malam ni mulalah tahun 2012 hehhee umur cil lia pun dah semakin meningkat ke angka lagi satu...hope azam tahun baru ni tercapailah......

OK LAH SELAMAT TAHUN BARU SEMUA....SEMOGA APA YANG KORANG IMPIKAN TERCAPAI...






SELAMAT TINGGAL 2011

N

SELAMAT TAHUN BARU
BUKA CERITA BARU
AZAM BARU :-)

Wednesday 21 December 2011

happy birthday & christmas 2011

as'salam semua rasenye dah agak lama tak mengupdate blog ku ini...Hmmmm kebetulan hari ini ada story mory mau citer dekat ini ruang hik3..Actually hari ini company tempat aku kerja ada buat party for celebrate birthday untuk staff2 die..bulan 1 hingga august dah celebrate..so hari ini continue sept hingga december and sempena nak dekat dengan christmas yang akan menjelma tak lama lagi walaupun aku tak sambut pun hahhahah...yang seronoknya dapat angpau and hadiah..... specialnya angpau untuk birthday boys and girl je yang list name september hingga december  k hehehheeh hadiah semua orang akan dapat...JOM KITA LAYAN PICTURE..

sedap kek ni pink colour u hahhahaha


                                 sebahagian staff JGF theme purple k tapi nampak cam hitam je kan

acara memadamka lilin dengan menepuk kalau nak tahu yang chinese girl baju biru tula 
MAMA kitorang merangkap boss iaitu miss leong and yang
ramai-ramai kat depan tu semua termasuk aku adalah birthday girl and boy hehehe

akhirnya hero datang memadamkan api sekali tepuk terus padam api lilin 
thank encik baju kotak-kotak :-)

sesi menerima angpau and topi heheh sempat lagi die bergaya dgn topi erk
 ni lah aku tersangatlah berisi badan aku semenjak kerja ni
sekarang dalam process mendietkan diri hope berjaya lah

 sesi menukar hadiah..hasil dari cabutan undi..... insan yang terpilih
menerima hadiah dari aku ialah ketua HR sendiri iaitu miss Tang Siew Ling hope
dia sukalah hadiah yang aku beri
ni hadiah daripada MADAMM yang aku dapat angry bird...madam tak dapat
datang so dia just wakilkan jer.

oklah dah tamat.........banyak lagi gambar tapi tak laratlah dh nk upload lalalalala

Sunday 4 December 2011

saya budak baru belajar :p

assalam semua rasanya dah lama aku tak buka blog aku ni.....almaklumlah hujung minggu aku kena p belajar memandu huhuhu..bila lah aku boleh dapat lesen huahuahua tak sanggup dah nak suruh orang pergi hantar aku kerja hari-hari kesian dekat dia......hari ni baru belajar parking nasib lepas bukit next week pulak orang bekerjaya macam aku ni memang weekend jelah yang free...mintak-mintak lah aku berjaya mendapatkan lesen memandu n drive kete baru wekkkkkkkkkk....apa yang penting sekarang ni dapatkan lesen dulu....takut tu memang lah takut tapi kene yakin kan diri sampai bila aku nak macam nikan...

ok lah cukup lah aku merepek untuk hari ini...next time lau ada masa aku update lagi...

Friday 25 November 2011

setelah lama mendiamkan diri

lama dah rasa tak mengarang ayat dalam blog aku ni. Almaklumlah sejak dua menjak ni aku sibuk dengan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Hari isnin hingga sabtu kerja nasih sabtu half day  kalau tidak huuhu...tapi hari ahad pun aku tidak duduk dekat rumah nak merehat di hujung minggu pun tidak senang sebabnya aku kena pergi belajar memandu nak dapatkan lesen kereta sabtu ahad jela peluang yang aku ada nak belajar pun aku takut sangant sebab akku terbabas dekat selekoh kawasan nak masuk rumah aku nasib cikgu memandu belajar ada...aku fail dekat kawasan selekoh dekat kawasan biasa aku okay jer huhuhu

Wednesday 9 November 2011

orang baru jgf sdn bhd

ni picture kat tempat kerja aku time farewell party for nida dia salah seorang staff yang akan berhenti kerja coz terpaksa ikut suaminya yang akan bertugas di Johor.


p/s sy lah orang baru tu heheheh

Friday 4 November 2011

kebahagian pasti akan menjelma

dalam hati ada ketikanya merasa sedih
dalam hati selalu berfikir mengapa aku perlu
melalui semua perit dan jerih
liku-liku hidup
dalam hati terdetik sifat-sifat
cemburu. iri hati, sedih
 melihat orang lain berbahagia, ketawa gembira
tanpa perlu fikir apa-apa
kekayaan melimpah ruah
yang kesempitan terus tersepit
di celah lorong-lorong yang gelap lagi hitam

percayalah satu hari nanti lorong yang  gelap
lagi suram itu pasti akan cerah
dan terang disinari cahaya yang berkelipan
tiada lagi kesakitan penderitaan yang kita hadapi sekarang

yang perlu ialah tingkatkan usaha, doa dan sentiasa 
mengingatinya Allah s.w.t 


p/s pasti ada hikmah di sebalik setiap dugaan, kesusahan, keperitan  yang kita alami.Tanamkan dan sematkan dalam hati bahawa kebahagian pasti akan menjelma satu hari nanti... Allah menurunkan setiap dugaan itu tandanya Allah masih sayangkan kita. :-)

Thursday 3 November 2011

moodku tak baik...

ku tahu ku insan yang lemah
aku memang tak nak menyusahkan orang
tapi apakan daya 
aku insan yang perlu 
bantuan oleh orang sekelilingku

jika boleh aku
ingin buat semua kerja
tanpa menyusahkan orang lain

kalau boleh aku
hanya mahu
membahagiakan orang sekelilingku

aku harap masih ade peluang untuk aku berbuat demikian
berilah sedikit peluang untuk
aku membalas jasa kepada
orang yang telah banyak berkorban untuk aku

mood malam ni sedih :-(


Sunday 23 October 2011

cara mudah mencari muka surat dalam Quran.

                                             


Mari Kita Cuba....!


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi 


Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. 



Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Thursday 20 October 2011

Melatah

korang pernah dengar tak orang melatah...kebanyakkannya orang-orang tua kan yang melatah..
korang jangan ingat orang tua je yang kuat melatah sebenarnya tak kira muda atau tua ada jer yang kuat melatah pantang terkejut jer bermacam-macam ayat keluar dari mulut diorang.

aku ada kawan yang kuat melatah dia tak pinta pun untuk jadi begitu. tapi ayat yang keluar dari mulut dia time melatah memang bahasa kasar..tapi nak buat macam mana. Ni aku ada cuba search info pasal melatah dekat internet.

MAKSUD MELATAH? "merujuk Kamus Dewab Edisi Keempat melatah bermaksud seseorang yang kebiasaanya berlaku kepada kaum wanita tidak menyedari setiap perbuatan yang dilakukan sebagai contoh mereka tidak sedar apa yang diperkatakan atau apa yang dilakukan.ketika melatah..terdapat juga segilintir orang yang melatah dengan mengeluarkan perkataan yang terlintas difikirannya ketika dia terkejut. melatah juga boleh mendatangkan BAHAYA. kerana apabila dia memegang barang pada masa yang sama dia terkejut menyebabkan barang tersebut terjatuh dan boleh menyebabkan bahaya pada diri sendiri dan orang sekeliling..

PUNCA DATANGNYA MELATAH melatah ni sebenarnya menurut Prof Dr Azhar Zain dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sistem saraf pusat yang dimaksudkan  itu berlaku di bahagian tengah otak. Jelasnya, apabila golongan ini disergah secara serta merta sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut lalu melatah. Pada masa itu juga turut berlaku sedikit konflik emosi dan memori.

p/s jangan sesekali mencocok orang yang ada penyakit latah. Selain menyebabkan mereka menjadi penat dan boleh juga menyebabkan air muka mereka jatuh dalam erti kata lain mendatangkan perasaan malu dengan perbuatan yang mereka lakukan sekiranya berada di tempat awam atau tumpuan orang ramai. Bagi yang beragama Islam perbanyakkan berzikir supaya dapat megelakkan dari melontarkan perkataan yang tidak enak didengar.




Monday 17 October 2011

SMS#1 by fird

~ My feeling to u, more than word
I LOVE U. 
Life with u make my life 
tightness
Life without u , i don't wanna 
maybe your feeling will changed
n maybe u will changed
but i think never change.
I LOVE U 
with my soul n heart 4ever
{special dedication 4 u cyg}



Saturday 15 October 2011

ujian komputer statik

assalamualakum semua today mood happy because ujian statik komputer dah pass
...tapi di sebalik kegembiraan ada peristiwa kelakar campur dengan kecuakan...nak tahu sebab apa???
cuba teka hehehehee...

okay ni cerita masa aku dekat pejabat nak buat ujian statik.....okay aku dengan kawan aku merangkap jiran sekampung pergilah register lepas dah sign and bagi ic, penjaga kaunter tu beritahu aku pergi suruh masuk ke dalam bilik and terus pergi dekat PC nombor 4.....dengan hanya membawa ic sahaja bag aku letak dekat luar arahan tak boleh bawa beg masuk...aku pun pergi lah menjawab dengan jaya nya walaupun tak berapa nak jaya result tu hik3.

ok sesudah menjawab and result lulus aku pun keluar dari bilik tu bagi lah ic yang aku bawa tadi coz nak print result then ambik gambar kene bayar RM10..aku pun pergi ambil beg aku geledah punya geledah tak jumpa pun purse aku...eh aku tertinggal ke tadi rasanya bawa coz ic aku ambil dr purse tadi huhuhuhu aku dah cuak dah time tu...aku cakap kat orang tu suruh tunggu jap purse takde...tiba2 orang tu cakap ni ke beg awak dengan menunjuk ke arah ku aku pun cakap ha ah huhhhhhhhhhhh nasib baek jumpa walaupun malu jap hahhahahaha boleh tertinggal pulak kat situ tadi excited r konon nak jawab exam hik3,,,,,,apa2 syukur purse aku dah jupa....


buku oh buku 


ni lah purse aku yang tercicir tu...


ni lah resultnyer janji lepas huahuahua

Thursday 13 October 2011

afraid

assalamualaikum korang semua
actually today i just want to story
about my feeling huhuhuhu..
i am quite worried about my self
because someone try to be friend with me
in other word he try to get
know more about me and want
make me as a special girlfriend.

But the problem is
he so young to me
different age about 4 year. 
he same with my brother 19 years old
can you imagine it 
 huuhuhuhu

what should i do. i think
i should just be friend with him
not more than that.
hope he will understand me

but if he is my jodoh i will accept it.


lembutkanlah lidahmu dengan sentiasa melafazkan perkataan ini.

Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH, 


Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini, 


MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi, 


Astaghfirullahaa'zim ▬ ►  Maafkan aku Ya Allah aku 


                                                                                    pertikaikan  KEKUASAANMU, 




Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai 
                                     REDHAMU, 


Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU

Sunday 9 October 2011

MINGGU YANG BUSY

assalamualaikum...
huhuhuhuh just nak luahkan perasaan kepenatan
telah melanda diriku.....minggu ni tiada rehat bagiku balik je dari konvo terus kerja sampai hari sabtu
nasib sabtu half day jer. then hari ini sepatutnya cuti
tapi aku ada program lain pulak
terpaksa pergi kursus KPP 
tau tak KPP tu apa hahahhaha
KPP tu ialah Kurikulum Pendidikan Pemandu 
aku baru nak ambil lesen hahhaha 5 jam dok dengar ceramah 
menadah telinga huhuhuhu
esok dah start keje balik 
enjoy your day ok don't tension2 :P

Tuesday 4 October 2011

suka duka convo

assalamualaikum hai kawan-kawan semua rindu nak mengupdate blog. Setelah beberapa hari ku meninggalkan kuantan akhirnya aku selamat sampai rumah pukul 1.10 pagi tadi huhuhu alhamdulillah selamat sampai..

ni nak cerita pasal konvo aku...semalam 3 okt 2011 merupakan detik bersejarah dalam hidup ku menggemgam segulung ijazah naik ke pentas yang di hias indah di Universti Utara Malaysia...korang tengoklah gambar jubah aku pada entry yang sebelum ni erk just click here ok....

aku bertolak pergi uum hari ahad pagi kol 8pg dan sampai sana kira-kira kol 6 petang dan bermalam di rumah sedara kawan abang aku.....jom kita layan picture ok malas nak tulis panjang-panjang penat pun tak hilang lagi ni....


ni gambar kat pentas aku cilok dari fb orang lalalalala hehehhehehe..

 ni gambar kak Elyyn sepupu abg Emmy...Abg Emy ni kawan abang aku dia lah yang follow aku pergi kedah.
kami cuba bertiga aku, my bro n him..my abah cant follow coz not feeling well. tq kak Elyyn n family sudi tumpang kan kami bermalam di rumah.....kamu semua baik sangat ...tq so muchhh..
me n my bro at bowling centre. Abg Emmy nk maen bowling so kitrorang ikut lah sebelum bertolak balik kuantan.





otw balik kami telah tetsalah jalan kami pergi ke puncak genting highland hahahaha merasa gak pergi genting walaupun lalu jer hehhehehe :P

picture bawah ni jer ada jubah dah pulang so tak sempat nk menggedik ambik gambar dengan jubah coz nak cepat huhuuhuu..




selamat tinggal uum bila lah aku boleh jejak kaki lagi ke sini...banyak kenangan pahit manis di sini
akan ku abadi setiap kenangan di sini di lubuk hatiku buat selama-lamanya

Friday 30 September 2011

routine ku selepas ini :P

assalamualaikum ni aku nak cerita pasal kerja aku sekarang hahhaha....lari terus dari apa yang aku belajar dekat u..takpelah nak buat macam mana dah rezeki daripda duk tanam anggur baek kerja ye dok hehhehehe

lagi pun aku buat kerja ni sementara je untuk beberapa bulan lepas ni kene cari job laen..hari-hari duk key in data naek pening jugak kepala juling biji mata mengadap pc dr masuk kerja kol 9 hingga lah office hour habis dahlah number panjang dengan tulisan macam doktor adoiiiiiiiii peningggggg hari-hari macam  ni.

tapi apa-apa pun aku enjoy lalllallala..gaji yang diberi bolehlah agak-agak dapat lah jugak 1k cukup2 makan jer .lusa dah nak p KEDAH konvo tak sabar nyer...esok lak nk p beli baju baru tudung baru n p register ambik lesen kereta bersyukur sebab my abah support duit ambik lesen kete ambik yang special hhaahahah...aku tau lau aku tak ambik yg special grenti susah nak pass lesen memandu. :P

oklah cukup lah setakat ni au membebel.....

Tuesday 27 September 2011

pre convo 26 sept 2011(KAMI BUDAK ACCOUNT)

rindunya nak mengarang kat blog sebenarnya hari yang lepas2 ku busy ni baru ada masa 24 n 25 pergi kenduri kahwin jiran sebelah meriah sangat. 25 malam pulak lepas p kenduri aku bertolak ke UUM untuk ambik jubahkonvo sampai 26 pagi dekat KEDAH. pastu malam tu jugak ku balik KUANTAN dan hari ini first day start keje...bayangkan aku duk dalam bas dekat 12 jam pastu pergi keje huahauahua....kesian tak dekat aku huhuhu..takpe dugaan namanya...malam ni kenelah tido awal untuk topup tido aku yang tergendala.

tak nak cerita banyak jom layan picture aku and my friend melaram dengan jubah kitorang hehehehh belum sempat nak naek pentas kami dah rasmi dulu hehehhehe..tengok background belakang mendung je ni sebelum ujan selamat sempat ambik gambar.. insyaalah 3 OKT ni aku graduate hehehehhee pergi semula ke UUM untuk menggemgam segulung ijazah..............






Friday 23 September 2011

dulu lain sekarang lain

Perbezaan zaman dulu dengan zaman sekarang..Semakin canggih teknologi peredaran zaman juga semakin berubah pemikiran manusia juga berubah. Ni ada sedikit sebanyak beberapa perkara yang sempat aku kaji selidik hehhehe perbezaan zaman dulu dengan zaman sekarang..


  1. zaman dahulu anak dara dilarang keluar rumah pada waktu malam, tapi zaman sekarang ibu bapa buat-buat tak endah je anak dara nak keluar malam. Mungkin diorang pikir dah besar panjang pandai lah jaga diri....Bahaya tau jikalau ibu bapa yang bersikap sedemikian. Orang zaman sekarang macam-macam orang, ada anak sendri sanggup dirogol inikan pulak anak orang...so ibu bapa di luar sana selalu-selalulah ambik tahu perihal anak anda .
  2. zaman bercinta dulu-dulu bercinta pakai surat je 3 hari baru boleh baca hehehe, tapi zaman sekarang tak sampai 2 saat dah dapat baca cinta pakai facebook. twitter,sent msg, ym dan lain-lain lagi, sungguh canggih zaman sekarang kan.
  3. anak-anak zaman dulu time sekolah takut dengan cikgu, nak pandang muka cikgu pun takut, zaman sekarang cikgu pulak takut dengan student coz balik rumah diorang report kat parent cakap cikgu rotan, cikgu tu pulak kene maki hamun....sabar jelah yer cikgu-cikgu sekalian...
  4. pakai baju tak cukup kain tambah dengan kesendatan tak ada pun kes rogol zaman dulu-dulu, tapi sekarang pakai baju kurung pun boleh kene rogol.....menakutkannnnnnnnn...
  5. makan ubi kayu ulam-ulaman sihat jer sampai tua, tapi sekarang umur baru 30 lebih dah ada penyakit serius contohnya darah tinggi diabetes...ini mungkin disebabkan faktor pemakanan yang tidak dijaga. MCD, KFC PIZZA dan lain-lain....
korang fikir-fikir kanlah yer 

ok entry ni tak best huhuhu biarlah syok sorang2 jer time tulis ni :-)

Monday 19 September 2011

TAHNIAH anda telah diterima untuk jawatan.....

assalamualaikum 2entry hari ini ku buat ni ku nak citer minggu lepas hari khamis ku ada pergi interview jawatan sebagai financial planner dekat company tu.....rupa-rupanya dia lebih kurang macam jual insuran di mana kita kene cari orang or client untuk invest dalam company diorang atau skim diorang..diorang adelah terang sikit-sikit pasal skim kononnya kalau client invest dalam sim confirm terjamin coz kononnya dia under BNM (Bank Negara Malaysia) aku lau tau kerja macam tu confirm aku tak apply dari awal lg hahahah..

hari ini pulak aku terima mesej dari company tu..tengok diorang guna mesej ja huhhhuuhu..aku salin semula k apa yang hantar dekat aku

TAHNIAH anda berjaya diterima utk jwtn financial
planner di ________. sila lapor diri pd 20/9 jam 10 pagi.
Sila bawa salinan ic, 3 kpg gambar ic, salinan sijil
tertinggi, wang pos rm50 utk pendaftaran


ni lah mesej keluar dr phn tak canggih ku huahuahua



mesti dapat agak kan logo ni heheheh

ok la good nite...aku tak pergi pn try to get other job...hope
dapat lah :-(

ciri-ciri lelaki idaman

assalamualaikum hai semua tiba-tiba hari ini tertulis pulak entry tajuk ni....korang ingat aku ni dah gatal nak kawin erk hehheehe....aku lambat lagi lah calon pun tak ada lagi now nak concentrate on carrier keje pun tak lagi huhuhuu...masih mencari kerja :-(. ni aku nak share ciri-ciri lelaki idaman ku ada tak lagi agak-agak nyer lelaki macam ni zaman sekarang...now check it:

  1. lelaki yang taat perintah allah                                                                                                       perkara yang paling aku tengok mestilah agama dia....especially solat 5 waktu , berpuasa dan baik hati. kalau agama dia dah goyang macam mana nanti nak pimpin keluarga kan...suami kita lah yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya nanti.
  2. hormat orang tua                                                                                                                                   yang ni pun penting juga aku nak sangat lelaki yang pandai menjaga dan menghormati kedua orang tua kita serta keluarga kita hehehhe...orang kata lau nak anak mesti pancing hati ibu bapa dia dulu kan.
  3. penyanyang                                                                                                                                           orang kata biarlah tak romantik tapi sekurang-kurangnya biarlah penyayang....sayang pada familynya sayang pada anak-anaknya dan sayang pada isterinya.
  4. bertanggungjawab                                                                                                                                 yang ni pun penting jugak sebagai seorang lelaki dan merangkap sebagai suami, lelaki tersebut haruslah mempunyai sikap keperihatian sebagai contoh tahu tanggungjawab terhadap keluarga memberi nafkah memberi tempat tinggal yang selesa, memberi pelajaran yang sempurna pada anak-anak.
Empat perkara ni yang penting yang sampingannya biarlah ku yang simpan dalam hati :p
         
apa yang harus aku lakulan berdoa dan terus berdoa















Saturday 17 September 2011

Resepi Coslow

assalamualaikum hai... hari ini aku nak kongsi resepi coslow..aku teringin sangat nak makan coslow so search dekat google jupelah resepi...sekarang maklumat semua di hujung jari cakap je nak ape hehehehehe, cuma kita kene pandai menggunaka teknologi yang canggih ni dengan sebaiknya....ressepi ni aku ubah sikit biasa orang guna kobis dengan lobak merah (carrot) tapi aku change carrot with mix vegetables hehhehe coz adik aku terlupa nak beli carrot huhuhuhu...

Bahan-bahannya
  1. kobis bulat (potong halus-halus)
  2. mix vegetables/carrot (mix vegetabales tu aku rebus dulu)-korang boleh guna carrot kalau tak nak mix vege
  3. mayonis (aku pilih lady's choice)
  4. susu segar( aku tak letak pn coz adik aku tak beli)
  5. sedikit garam dan gula
  6. additional black papper(sapa yang suka pedas2)

Cara-cara
  1. campurkan kobis yang telah dipotong dengan mix vegetabales
  2. masukkan mayonis
  3. tambahkan garam dan gula ssecukup rasa dan sapa nak rasa pedas masukkan black papper
  4. gaul bagi sebati dan sekata
  5. masukkan dalam fridge 1-2 jam pastu boleh lah makan
selamat mencuba abang aku asyik2 buka fridge ambik aku punya coslow heheheheh first try.

Friday 16 September 2011

stacy-kisah dongeng


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Wednesday 14 September 2011

Malaysia Book of Record 10 sen

asssalamualaikum, hai korang hari ini 2 entry aku buat, satu pasal effect ubat penadol   ok kawan-kawan semua seperti mana yang kita ketahui  kita nak sambut hari 1 malaysia  16 Sept ni kan so citer yang aku nak karang ni pun bersangkut paut jugaklah kot dengan 1 Malaysia tak caya tunggu yer hahhahaa........

yang ini aku nak cerita pasal activity yang aku joint masa dekat UUM. aktiviti ni kiranya activity yang last aku joint because aku dah  tak lama dok kat u tu..aktiviti ni masa tahun 2010 sem 7 (2 okt 2010) hehhhehe sorry dah lama dah kan tentu korang dah meluat and dalam hati cakap cerita dah basi buat apa nak tulis  tapi apa2 pun ikut suka hati aku lah nak tulis cerita bila punm sebab aku the only one owner blog ni huahuahua jangan marah-marah ok nanti tak comey dah...

aku malas dah nak merepek merapu meraban  kita layan gambar jelah erk...tapi sebelum tu aku cuma nak beritahu ni  lah record yang pernah buat dekat UUM guna duit syiling untuk membentuk logo 1 Malaysia  :-). aku rasa bangga sebagai rakyat MALAYSIA..korang hargailah negara aku taknak perang2 ni tak aman hidup,,,,











okay kawan2 dah siap he3 gmbr ckit je dapat upload sorry
adiWidget™