Thursday 20 October 2011

Melatah

korang pernah dengar tak orang melatah...kebanyakkannya orang-orang tua kan yang melatah..
korang jangan ingat orang tua je yang kuat melatah sebenarnya tak kira muda atau tua ada jer yang kuat melatah pantang terkejut jer bermacam-macam ayat keluar dari mulut diorang.

aku ada kawan yang kuat melatah dia tak pinta pun untuk jadi begitu. tapi ayat yang keluar dari mulut dia time melatah memang bahasa kasar..tapi nak buat macam mana. Ni aku ada cuba search info pasal melatah dekat internet.

MAKSUD MELATAH? "merujuk Kamus Dewab Edisi Keempat melatah bermaksud seseorang yang kebiasaanya berlaku kepada kaum wanita tidak menyedari setiap perbuatan yang dilakukan sebagai contoh mereka tidak sedar apa yang diperkatakan atau apa yang dilakukan.ketika melatah..terdapat juga segilintir orang yang melatah dengan mengeluarkan perkataan yang terlintas difikirannya ketika dia terkejut. melatah juga boleh mendatangkan BAHAYA. kerana apabila dia memegang barang pada masa yang sama dia terkejut menyebabkan barang tersebut terjatuh dan boleh menyebabkan bahaya pada diri sendiri dan orang sekeliling..

PUNCA DATANGNYA MELATAH melatah ni sebenarnya menurut Prof Dr Azhar Zain dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sistem saraf pusat yang dimaksudkan  itu berlaku di bahagian tengah otak. Jelasnya, apabila golongan ini disergah secara serta merta sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut lalu melatah. Pada masa itu juga turut berlaku sedikit konflik emosi dan memori.

p/s jangan sesekali mencocok orang yang ada penyakit latah. Selain menyebabkan mereka menjadi penat dan boleh juga menyebabkan air muka mereka jatuh dalam erti kata lain mendatangkan perasaan malu dengan perbuatan yang mereka lakukan sekiranya berada di tempat awam atau tumpuan orang ramai. Bagi yang beragama Islam perbanyakkan berzikir supaya dapat megelakkan dari melontarkan perkataan yang tidak enak didengar.




No comments:

Post a Comment

adiWidget™