Wednesday 25 January 2012

peringatan (dunia hampir kiamat)

Assalamualaikum semua. Hari ni tentu ramai yang dah bermula bekerja kan setelah lama cuti Chinese New Year walaupun 4 hari mesti banyak dah aktiviti yang korang lakukan bergembira bersama keluarga tersayang di kesempatan cuti ni. Actually today ku still on leave my big boss give an extra leave untuk staff-staffnya bila dah 5 hari cuti esok rasa malas pula nak pergi kerja hmmm tapi apakan daya demi mencari rezeki yang halal kerja mesti perlu di teruskan...

Haisssssssshhhhh apa yang ku duk melalut ni..Ok sebenarnya hari ku ingin berkongsi satu cerita. Aku ada terbaca post yang dekat Facebook  in malay call mukabuka hikhikhik..Back to topic, article tu berkaitan dengan tarikh-tarikh yang tertentu yang dijangkakan berlaku sesuatu yang kita tidak dijangka yang ada di sebut di dalam al-quran.. For more detail please read the article below..

Hanya allah yang tahu rahsia di sebaliknya kita sebagai hambanya wajib patuh segala perintah nya. Bila aku baca post ni dalam hati aku terdetik layak kah ku, ku tak bersedia, ku sedar ku insan yang kerdil yang ada ketikanya aku melakukan kesalahan dan alpa pada perintahnya aku tak sempurna..

Ya allah berikan ku kesempatan untuk ku bersujud memohon keampunan daripada mu.Bukakanlah pintu hatiku untuk ku sentiasa taat pada perintahmu, ku akui ada ketikanya solat ku tidak sempurna, tingkah laku ku ada kalanya terpesong. Ku benar-benar insaf berikanlah kesempatan kepadaku ya allah.





SAHABAT SEKALIAN.. BACALAH!!! SEBARKANLAH PADA SEMUA UMAT MUHAMMAD AKHIR ZAMAN INI.. CARILAH KEBENARAN MENGENAI HAL INI.. RUJUKLAH PADA ULAMA'2.. TANYALAH PADA GURU2 MURSYID.. SESUNGGUHNYA KITA HAMBA YANG LEMAH DAN JAHIL...

PESAN BAGINDA S.A.W..SAMPAIKAN PESANAN KU WALAU SATU AYAT.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.

( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

MOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG BERINGAT.. AMINN!!





No comments:

Post a Comment

adiWidget™