Thursday 26 January 2012

rahsia di sebalik solat

Assalamualaikum....hari ini lia dah start kerja bertimbun kerja yang perlu lia siapkan. Hari ini happy sangat-sangat sebabnya hari ini rezeki datang mencurah-curah first ada staff kat office belanja makan tengah hari. Semoga allah s.w.t murahkan rezeki orang yang membelanja kesemua budak-budak office tengah hari tadi. Thank u so much Abg Razak belanja kitorang makan tadi. Second i got angpau from miss Anne..Tq miss Anne.

Ok tujuan sebenarnya lia nak share 1 article yang lia baca dekat blog seorang  ni dalam blog tersebut banyak menulis berkaitan hal-hal agama agak menarik juga untuk di baca..Ni lia ambil daripada blog penulis tersebut kalau anda semua nak jejak blog tersebut sila click here ok ni dari petikan dalam article tersebut

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya yang kita tidak ketahui, dan yang mana sudah megetahuinya syukur alhamdulillah dan yang mana belum tahu mari kita teliti apa yang lia nak tulis ya dan simpan dalam hati, solat itu satu perkara yang wajib yang mana perkara yang akan di soal di akhirat kelak so kita jangan sesekali abaikannya. Lia pun dalam proses untuk memperbaiki diri lia menjadi lebih baik insyaallah.



 Antaranya rashsia di sebalik solat 5 waktu yang kita kerja kan diantanranya ialah:

1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

ok sampai sini sahaja. tq untuk penulis article ni ya lia sekadar ingin berkongsi apa yang telah pemilik blog asal tulis kepada semua orang. sapa yang nak share dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment

adiWidget™