Thursday 11 August 2011

Wasiat Nenek Minah

Nenek Minah telah lama terlantar di hospital akibat sakit tua. Dalam keadaan dia yang semakin teruk itu, keluarganya tidak dapat berbuat apa. Suatu hari, keluarganya memanggil Pak Din untuk membacakan doa buat nenek Minah. Tetapi semakin lama doa dibaca, Mak Minah termengah-mengah mungkin terlalu sakit.

dalam keadaan yang tidak terdaya itu, Nenek Minah meminta cucunya Aiman sekeping kertas dan sebatang pen. Aiman segera mendapatkannya. Kemuduan Nenek Minah mencatat sesuatu di atas kertas tersebut dan kemudiannya menyerahkannya kepada Pak Din.

Pak Din menganggap kertas itu adalah wasiat terakhir daripada Nenek Minah. Tidak elok di baca ketika hayat orang tua itu masih ada, Lalu kertas tersebut dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Beberapa jam kemudian, Nenek Minah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pak Din turut menguruskan jenazah arwah tersebut. Selepas selamat dikebumikan, tiba-tiba Pak Din teringat kertas yang diberikan oleh Nenek Minah sebelum orang tua tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir

"DIN.....KAU JANGANLAH PIJAK SALURAN OKSIGEN AKU NI, SEMPUT AKU TAK BOLEH BERNAFAS".....

hehehheeh............sekian


No comments:

Post a Comment

adiWidget™